X

Kindly register in order to view this article
!

33 pegawai, kakitangan Kedutaan Korea Utara tinggalkan Malaysia

Kakitangan serta keluarga Kedutaan Korea Utara tiba di KLIA sebelum menaiki pesawat komersial syarikat Shanghai Airlines penerbangan FM886 ke Pudong, China. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Seramai 33 pegawai, kakitangan dan ahli keluarga Kedutaan Korea Utara selamat meninggalkan Malaysia pada pada jam 4.10 petang Ahad.

Berdasarkan laman web Flight Radar, kumpulan tersebut berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki penerbangan bernombor FM886 syarikat Shanghai Airlines.

Difahamkan, penerbangan berkenaan akan melakukan transit di Pudong, China sebelum ke ibu negara Korea Utara, Pyongyang.

Mengenai nasib warga Korea Utara yang bekerja atau menetap di Malaysia, Sinar Harian dimaklumkan kementerian sedang membuat semakan dan mengumpulkan maklumat berkenaan perkara tersebut.

Kuasa Usaha Kedutaan Korea Utara, Kim Yu-Song diiringi pihak polis sebelum menaiki pesawat komersial syarikat Shanghai Airlines penerbangan FM886 ke Pudong, China. - Foto Bernama
Kuasa Usaha Kedutaan Korea Utara, Kim Yu-Song diiringi pihak polis sebelum menaiki pesawat komersial syarikat Shanghai Airlines penerbangan FM886 ke Pudong, China. - Foto Bernama

Pada Jumaat, Korea Utara menerusi Kementerian Luarnya mengumumkan Republik tersebut membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Tindakan tersebut dilakukan kerana negara tersebut tidak berpuas hati dengan keputusan Malaysia yang mengekstradisi seorang warganegaranya ke Amerika Syarikat.

Ekoran daripada itu, Malaysia memberi tempoh 48 jam kepada pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara untuk meninggalkan negara bermula Jumaat lalu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!