X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan pertimbang jadikan vaksin syarat pengambilan pekerja asing

Fadillah (kiri) ketika Program Malaysia Prihatin bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Sarawak di Dewan Utama CIDB Sarawak hari ini. 
Turut sama, Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Shahabuddin Omar (kanan). - Foto Bernama
A
A

KUCHING - Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 sebagai syarat untuk pengambilan pekerja asing di negara ini pada masa hadapan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, buat masa ini perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana jumlah vaksin Covid-19 yang ada dalam negara adalah terhad dan diberikan dalam beberapa fasa tertentu.

“Apabila vaksin sudah mencukupi dan mudah diperoleh mungkin kita akan menetapkan 'condition' (syarat) bahawa (pekerja) mesti divaksin dahulu, baru boleh mereka bekerja di sini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Malaysia Prihatin di sini pada Jumaat.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) terhadap pekerja asing terutamanya bagi sektor pembinaan kini sudah mencukupi bagi mengekang penularan virus berbahaya itu.

Fadillah juga memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menahan atau mengambil tindakan undang-undang terhadap warga asing yang tidak memiliki dokumen sah yang ingin mendapatkan vaksin Covid-19.

“Semua orang akan divaksinasi termasuk warga asing yang berada di sini secara sah atau haram. Mereka layak menerima (vaksin) selagi berada di Malaysia,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!