Single atau taken: Syed Saddiq akhirnya buka mulut...

SHAH ALAM - Teka-teki siapa teman wanita Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya terjawab dalam program iG Live Sinar pada Khamis.
Soalan itu diajukan pengacara iG Live, Nazihah Khan kepada Syed Saddiq ketika program bual bicara berjudul Kompaun: Didik Atau Hukum Rakyat?
Terdahulu, Syed Saddiq dalam segmen Seminit Bersama yang disiarkan di TikTok Sinar Harian apabila ditanya sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan itu sudah berpunya atau belum menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.
Berpeluang bertemu secara maya dengan Syed Saddiq, Nazihah bertanyakan kembali kepada beliau, adakah seseorang sedang bertakhta di hati Syed Saddiq kerana jawapan yang diberikan adalah 'tengah', bukannya 'single' mahupun 'taken' yang dijadikan pilihan kepada soalan itu.

Tidak melatah dan hanya tersenyum apabila soalan itu kembali diajukan, Syed Saddiq kemudian akui, tumpuan kini lebih kepada tanggungjawab yang tergalas di bahunya sebagai wakil rakyat sambil menyifatkan kawasan Parlimennya kini adalah teman wanitanya.
"... kalau ada girlfriend, girlfriend saya adalah Muar kerana Muar yang saya akan menghadap setiap minggu dan setiap hari," itu jawapan diberikan pengasas Parti Ikatan Demokratik (Muda) itu.
"Sebagai salah seorang yang dipilih oleh rakyat, untuk fokus berkhidmat... saya yakin apa yang rakyat mahu lihat berkenaan prestasi saya adalah bagaimana saya boleh berkhidmat untuk mereka. Mereka tidak mahu media ambil tahu mengenai kisah peribadi saya seperti 'dating' dengan siapa," jelasnya lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Mayat wanita tanpa pakaian ditemui terapung dalam sungai
12 November 2026 03:55pmWarga emas maut dipukul: Lelaki, dua wanita direman enam hari
12 November 2026 03:31pmDakwaan pemiutang cari Dr Fie: Polis sahkan terima laporan Nubhan Oktober lalu
12 November 2026 02:07pm'Bau mayat bawa penemuan jasad mangsa keenam'
12 November 2026 01:58pmBekas kakitangan GLC direman kes terima rasuah RM3 juta
12 November 2026 12:22pmNubhan buat laporan polis, dakwa rumah didatangi pemiutang cari Dr Fie
11 November 2026 10:55pmPemain bola sepak maut akibat jantung terhenti ketika latihan
12 November 2026 07:54amKareena Kapoor dikenakan notis undang-undang pakai loket tertera ayat Kursi sambut Deepavali
12 November 2026 10:04amIbu maut cuba selamatkan dua anak dihanyutkan kepala air
11 November 2026 11:16pm[VIDEO] Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
12 November 2026 12:08pm- Iklan -- Iklan -
