X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan
A
A

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada urus niaga pagi Jumaat, menyusut daripada keuntungan yang diraih pada Khamis di tengah-tengah kejatuhan harga minyak mentah dan peningkatan dalam kadar hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan merosot 120 mata asas kepada 4.1210/4.1260 berbanding dolar AS daripada 4.1090/1140 pada penutupan petang Khamis.

Laporan berita menyatakan penanda aras minyak mentah semalaman Brent jatuh 6.9 peratus kepada AS$63.28 setong.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata, kelemahan harga minyak diheret oleh kebimbangan terhadap permintaan dan penawaran untuk jangka pendek dan panjang.

Sementara itu, beliau menambah hasil Perbendaharaan 10 tahun AS melonjak tujuh mata asas kepada 1.71 peratus pada Khamis, sekali gus mencatatkan paras tertingginya sejak 23 Januari 2020.

Dalam pada itu, ketika urus niaga dibuka pagi ini, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0623/0667 daripada 3.0616/0663 sebelumnya dan lebih rendah berbanding yen Jepun pada 3.7783/7832 daripada 3.7677/7733 pada petang Khamis.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding pound Britain pada 5.7307/7380 daripada 5.7349/7452 tetapi tidak berubah berbanding euro kepada 4.9061/9137 daripada 4.9061/9138 sebelumnya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!