'Saya dengar dua kali. Pukul bomba'

Mohd Sharol Anuar
Mohd Sharol Anuar
A
A
A

SHAH ALAM - Saksi ketujuh memberitahu Mahkamah Koroner bahawa dia terdengar arahan daripada perusuh Kuil Sri Maha Mariamman November lalu, untuk memukul.

Anggota pemadaman, Mohd Sharol Anuar Kamaruddin berkata, arahan itu didengarinya sebaik sahaja dia melompat turun daripada Fire Rescue Tender (FRT) untuk memadamkan kebakaran kereta.

"Saya dengar dua kali. Pukul bomba," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Minta bantuan polis segera carikan Adib'

Pada ketika itu, dia melihat tiga lelaki daripada sekumpulan meluru ke arahnya sebelum mengambil keputusan untuk naik semula ke FRT untuk menyelamatkan diri.

"Saya tergamam, kita hendak padam api tetapi terima ugutan," katanya.

Menurutnya, ketika di dalam FRT yang mengundur dan diserang perusuh, dia meminta rakannya, Rosliadi merakamkan video kejadian itu.

"Tapi tak sempat kerana kejadian berlaku dengan pantas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketika menjawab soalan peguam Yahaya Othman yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Mohd Sharol Anuar bersetuju dia berasa terancam ketika dikerumun orang ramai yang bersenjata.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ditangguhkan dan bersambung esok dengan dua saksi awam akan dipanggil memberi keterangan.