Lelaki Rohinghya mengaku tak bersalah beri rasuah pegawai Maritim

Noor Kalam Soyut Alam, 29, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Noor Kalam Soyut Alam, 29, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki etnik Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Rabu atas tuduhan memberi rasuah sebanyak RM7,000 kepada pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) di Langkawi tahun lepas.

Noor Kalam Soyut Alam, 29, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memberi wang tunai berjumlah RM7,000 sebagai dorongan kepada seorang individu berpangkat Pegawai Kanan Penguatkuasa Maritim dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis kira-kira jam 1 pagi pada 21 Julai 2020 di Restoran Faathirah, Padang Mat Sirat, Langkawi.

Perbuatan tersebut dilakukan sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Rohingya seramai 25 orang melalui jalan laut.

Pendakwaan ke atas Noor Salam dilakukan mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Zulfadli Azharudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan mahkamah menetapkan 20 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: