Kerajaan tanggung subsidi hampir 30 sen seliter bagi RON95, diesel

Harga semasa petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Mac.
Harga semasa petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Mac.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu berkata kerajaan pada masa ini menanggung subsidi pada kadar hampir 30 sen seliter selepas harga siling untuk petrol RON95 dan diesel ditetapkan masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Beliau berkata, kerajaan menetapkan harga siling berkenaan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan bahan bakar itu kerana berdasarkan trend semasa, harga minyak dunia dijangka meningkat.

“Ini bermakna kerajaan menanggung jumlah subsidi bernilai RM3 bilion pada harga semasa,” katanya dalam perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) pada Rabu.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada Rabu, harga semasa petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Mac.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan juga memberi subsidi hampir 50 peratus bagi setiap tong gas cecair petroleum (LPG) 14 kilogram (kg) yang digunakan rakyat khususnya isi rumah.

"Harga sebenar di pasaran setong gas LPG bersaiz 14 kg pada masa ini ialah sekitar RM50. Namun, harga runcit telah ditetapkan pada paras RM26.60 setong,” katanya.

Perdana menteri berkata, kerajaan akan terus memberi subsidi berkenaan supaya harga barangan keperluan harian kekal berpatutan. - Bernama

Artikel Berkaitan: