Pemuda Pas Pahang desak polis siasat DAP

Mohd Zakhwan (kiri) bersama Andansura (kanan) dan ahli Pas menunjukkan laporan polis bagi mendesak dana asing yang didakwa diterima parti DAP di perkarangan IPD Kuantan, hari ini.
Mohd Zakhwan (kiri) bersama Andansura (kanan) dan ahli Pas menunjukkan laporan polis bagi mendesak dana asing yang didakwa diterima parti DAP di perkarangan IPD Kuantan, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Pemuda Pas Pahang mendesak pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) membuka semula kes dan menjalankan siasatan berkaitan aduan serta dakwaan parti DAP ada menerima dana asing.

Timbalan Pemuda Pas Pahang, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, ini kerana parti DAP secara sulit dipercayai menyalahi integriti dan undang-undang yang jelas mempunyai niat untuk mendatangkan ancaman terhadap kedaulatan, keselamatan serta kepentingan negara.

Menurutnya, Pemuda Pas mahu PDRM menjalankan siasatan berhubung dakwaan parti terbabit dengan segera.

“Antaranya berkaitan dengan laporan polis dan pendedahan bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Razali Abdul Rahman yang mendakwa DAP mengambil wang rasuah RM300 juta daripada Israel.

“Manakala bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Abdul Rahman Omar Tun Mohd Haniff yang pernah membuat laporan polis terhadap pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran dan Red Bean Army DAP dengan dakwaan menerima dana disalurkan oleh Open Society Foundations (OSF) milik George Soros,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan terbabit di Ibu pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, sebentar tadi.

Empat laporan itu dibuat oleh Mohd Zakhwan bersama Timbalan Ketua Penerangan Pemuda Pas Pahang, Mujahid Amin Roslan, dua wakil pemuda Pas Indera Mahkota, Mohamad Hab Salleh Mohd Jalil dan Mohd Rahimi Roslan.

Artikel Berkaitan:

Mohd Zakhwan bersama Andansura dan ahli Pas menunjukkan laporan polis bagi mendesak dana asing yang didakwa diterima parti DAP di perkarangan IPD Kuantan, hari ini.
Mohd Zakhwan bersama Andansura dan ahli Pas menunjukkan laporan polis bagi mendesak dana asing yang didakwa diterima parti DAP di perkarangan IPD Kuantan, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhaya Pas, Andansura Rabu dan 20 ahli Pas.

Dalam pada itu, beliau menegaskan dakwaan terbabit pernah dinyatakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Seri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa DAP menerima dana segera daripada negara luar untuk membiayai pilihan raya.

Begitu juga Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining sendiri secara terbuka menyatakan bahawa pihaknya menaja dana PH pada PRU14 lalu.

“Isu-isu terbabit telah ditular di laman sosial sejak beberapa tahun ini, namun tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasat kes ini,” katanya.

Justeru, Mohd Zakhwan mahu pihak kerajaan melalui polis untuk menyiasat dakwaan ini sekiranya benar ia adalah sesuatu yang amat membimbangkan perjalanan politik dan kestabilan rakyat.

"Tetapi jika tidak benar sekalipun,kami masih mahu penjelasan penafian dibuat," katanya.