X

Kindly register in order to view this article
!

KPWKM kaji semula Akta kanak-kanak 2001

Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang mengkaji semula Akta Kanak-Kanak 2001 yang kali terakhir dipinda pada 2016.

Menurut kenyataan KPWKM pada Rabu, sebagai langkah awal, kementerian itu bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi mengenal pasti kelompangan dalam akta itu melalui satu kajian khusus yang dijangka siap akhir tahun ini.

“KPWKM mengalu-alukan sesi konsultasi yang akan diadakan oleh UNICEF dan OCC bersama pertubuhan bukan kerajaan, pakar dan aktivis kanak-kanak serta anggota akademik bagi memastikan pandangan semua pihak diberi perhatian,” demikian menurut kenyataan itu.

KPWKM berkata, sesi konsultasi dan pengumpulan input merupakan fasa penting dalam proses kajian semula akta tersebut agar undang-undang tersebut lebih menyeluruh dan menepati keperluan dalam semua aspek yang meliputi perlindungan, pemeliharaan dan pemulihan kanak-kanak di Malaysia.

Menurut kenyataan itu, KPWKM juga akan menggiatkan program literasi undang-undang dan penguatkuasaan peruntukan akta sedia ada bagi memberi kesedaran bahawa melindungi kanak-kanak merupakan tanggungjawab bersama. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!