Tindakan pegawai polis lepaskan suspek Macau Scam menjijikkan

ABDUL HAMID
ABDUL HAMID
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes pegawai polis melepaskan suspek yang terlibat dengan Macau Scam adalah menjijikkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab oleh pegawai yang diberikan kuasa.

“Dia telah menyalahgunakan kuasanya. Ada unsur-unsur penipuan di situ.

“Dia menggunakan kedudukannya dan alhamdulillah saya amat menggalakkan whistleblower. Ada pihak yang telah melaporkan dan menghantar WhatsApp kepada saya tentang berlakunya kes ini,” katanya menerusi Program Bersama KPN yang disiarkan menerusi platform Sinar Harian pada Rabu.

Program itu dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar di Karangkraf.

Menceritakan lebih lanjut, Abdul Hamid berkata, pihak yang melaporkan itu adalah pegawai bawahan dan pegawai berkenaan mempersoalkan bagaimana kumpulannya yang telah mengambil tindakan mengangkap kumpulan Macau Scam begitu mudah membebaskan suspek.

“Jadi (pegawai ini) menghantar mesej kepada saya dan saya mengarahkan Jabatan Integriti untuk melakukan siasatan dan Ketua Polis Pulau Pinang pun telah dihubungi.

Artikel Berkaitan:


“Dan apabila disiasat memang berlaku. Jadi ini susah bagi kita nak mengawas seseorang itu satu persatu,” katanya.

Abdul Hamid berkata, perkara seperti itu akan berlaku kepada pegawai-pegawai yang masih lagi tidak sedar dengan perbuatan salah yang mereka telah lakukan.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat pegawainya bersekongkol melepaskan suspek sindiket Macau Scam di Pulau Pinang.