X

Kindly register in order to view this article
!

1,377 orang sudah disaman RM10,000

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, seramai 1,377 individu telah dikenakan tindakan kompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) setakat Ahad.

“Seramai 1,377 individu dikenakan kompaun setakat kelmarin,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai jumlah terkini individu yang dikenakan kompaun setakat ini.

Sebelum ini, Abdul Hamid menjelaskan kompaun RM10,000 yang berkuat kuasa 11 Mac lalu hanya dikenakan terhadap individu yang melakukan kesalahan berulang dan kesalahan yang boleh mencetuskan penularan wabak.

“Kenaikan kompaun berkenaan bukan dikenakan bagi kesemua kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP), polis akan mengeluarkan tawaran kompaun berkenaan berdasarkan rekod yang mereka ada.

“Individu yang dikenakan kompaun RM10,000 itu boleh membuat rayuan untuk pengurangan kompaun kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mungkin daripada kompaun RM10,000, hanya dikenakan RM200 selepas rayuan dan alasan yang diberikan,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Hamid memaklumkan seramai 330 orang telah disaman pada hari pertama pelaksanaan denda RM10,000 itu pada Khamis lalu.

Di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, orang ramai yang didapati melanggar PKP akan dikompaun sehingga RM10,000 berkuat kuasa 11 Mac.

Bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama pula boleh dikompaun sebanyak RM50,000.

ARTIKEL BERKAITAN: 330 individu dikompaun RM10,000 ingkar SOP PKP: KPN


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!