X

Kindly register in order to view this article
!

Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pedah dikhuatiri lemas

Operasi SAR mangsa di tempat kejadian dekat sangkar ikan di Sungai Pahang dekat sangkar ikan Kampung Lada, Jerantut, Isnin. FOTO: Ihsan PDRM, gambar kecil: Ariff Helmi Saharuddin
A
A

JERANTUT - Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pedah dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Pahang, berhampiran di Kampung Lada, Jerantut Feri pada Ahad.

Mangsa, Ariff Helmi Saharuddin, 26 yang berasal dari Kampung Pedah, Jerantut Feri itu masih belum ditemui sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam kira-kira jam 3.15 pagi berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilakukan bersama pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bermula pada jam 8 pagi, Isnin.

"Kita juga memohon orang ramai terutamanya nelayan sungai yang mempunyai maklumat maklumat berhubung kejadian ini tampil menghubungi pihak polis ataupun bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!