Polis tahan tiga suspek langgar, pukul lelaki

Video insiden terbabit juga tular di media sosial sejak Ahad.
Video insiden terbabit juga tular di media sosial sejak Ahad.
A
A
A

KLUANG - Polis menahan tiga lelaki disyaki terlibat dalam kejadian seorang lelaki dilanggar dan dicederakan di Simpang Renggam dekat sini.

Video insiden terbabit juga tular di media sosial sejak Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, tiga lelaki itu ditahan sekitar Simpang Renggam dan Benut, Pontian.

"Kita menerima laporan kejadian ini pada 11 Mac lalu dan menangkap tiga suspek 12 Mac. Video berkenaan insiden ini tular pada 14 Mac.

"Turut dirampas sebuah kenderaan dan serangkai anak kunci. Semakan rekod lampau mendapati tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan dendam akibat mangsa telah menikam rakan suspek.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 307 akta sama.

"Kesemua suspek telah direman di Mahkamah Majistret Kluang selama tujuh hari sehingga 18 Mac ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, polis masih mengesan suspek yang masih bebas dan sebarang maklumat boleh disalurkan di balai polis berhampiran atau menghubungi talian 07-778 4256, 07-776 6822 dan 014-365 6822.