X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Lelaki, anak sedara dikhuatiri lemas

Operasi SAR yang dilakukan di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang Sanggang pada Ahad. -Foto: Ihsan PDRM
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki dan anak saudaranya dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus sungai ketika mandi di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang Sanggang di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, mangsa dikenali Mohd Hakim Faqih Norazmi,16, dari Kampung Desa Murni dan Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul, 8, dari Kampung Loyang Sanggang di sini dikatakan pergi ke sungai itu untuk mandi bersama tiga sekeluarga yang lain pada jam 4.15 petang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, mangsa bersama ahli keluarganya yang lain ke sungai itu dengan menunggang motosikal.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada jam 4.50 petang ketika Mohammad Naufal yang sedang mandi dihanyutkan arus sungai.

"Mohd Hakim cuba menyelamatkan anak saudaranya namun dia juga turut dihanyutkan arus sungai.

"Orang ramai juga cuba memberi bantuan namun gagal," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, kedua-dua mangsa masih belum ditemui selepas operasi mencari dan menyelamatkan (SAR) ditangguhkan pada jam 7.30 malam tadi dan disambung pagi Isnin.

"Operasi SAR itu melibatkan pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!