Gesa tumpu tiga perkara atasi rasuah

Individu yang terlibat menjadi pegawai penguat kuasa perlu menjalani latihan pengukuhan jati diri sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga setahun bagi memastikan mereka menjadi seorang yang amanah. Gambar kecil: Azih

A
A
A

SHAH ALAM - Tiga kunci utama untuk memastikan jenayah rasuah dapat dibendung adalah dengan memberi penumpuan kepada aspek penguatkuasaan, pendidikan serta birokrasi.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae), Datuk Azih Muda berkata, kaedah penguatkuasaan dilihat sebagai tindakan drastik yang boleh dilakukan dalam usaha menangani gejala rasuah.

Bagaimanapun katanya, penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi kerana ia perlu disokong dengan kesedaran tentang keburukan rasuah kepada kehidupan, keluarga serta seseorang individu tersebut.

“Pendidikan mengenai rasuah ini perlu dilaksanakan di sekolah supaya sejak kecil lagi kesedaran itu dapat dipupuk dan akhirnya dapat melahirkan individu yang berintegriti.