X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Bidang kuasa JAIS, MAIS terhad untuk tahan Nur Sajat

Gambar dari kiri: Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, Dr. Ahmad Shahir Makhtar
A
A

JENJAROM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai bidang kuasa yang terhad untuk menahan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, pihaknya dan JAIS sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menahan Sajat seperti yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.

"Perintah mahkamah telah dikeluarkan, jadi kita sedang tunggu keputusan daripada JAIS dan PDRM untuk melaksanakan perintah tersebut.

Beliau yang berada di majlis penyerahan sumbangan fidyah di Surau Al-Hidayah, Taman Desa Kemandol, di sini berkata, pihak JAIS masih mengesan lokasi usahawan terbabit dengan kerjasama daripada pihak PDRM.

"Jika terdapat sebarang perkembangan berkenaan kes ini, pihak JAIS akan memaklumkan kepada MAIS untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Sabtu.

Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Menurut sumber, penguat kuasa kini berusaha menjejaki Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di Lembah Klang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!