Gejala seksual remaja: Guru, ibu bapa perlu henti tunding jari

Mohd Fadly Othman
Mohd Fadly Othman
A
A
A

SHAH ALAM - Guru dan ibu bapa perlu bekerjasama dalam menerangkan pendidikan seks kepada anak-anak.

Pengasas & Speaker Modul Goodbye Pornography, Mohd Fadly Othman berkata, budaya tunding jari antara guru dan ibu bapa perlu dihentikan dalam menangani isu tersebut.

“Maaf cakap, bila semua berbalik ke sekolah, mereka mungkin tiada sifat tanggugjawab. Semua akhlak peribadi anak-anak bermula daripada rumah.

“Whatsapp yang ada bukan untuk beritahu berapa anak tak datang tapi berkongsi maklumat dalam media sosial, penerangan kena beri kepada ibu bapa.

“Dari situ baru masyarakat dididik, sekolah dididik dan tidak akan berlaku tunding jari. Sampai bila nak habis budaya tunding jari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Ke-90 bertajuk Pendidikan Seksualiti dan Salah Laku Remaja di Dewan Karangkraf, semalam.

Artikel Berkaitan: