'Saya pencuri hati rakyat'

Najib sewaktu turun meninjau di sebuah pusat membeli-belah di Semenyih.
Najib sewaktu turun meninjau di sebuah pusat membeli-belah di Semenyih.
A
A
A

SEMENYIH - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui tidak menyangka kehadiran beliau di sebuah pusat membeli belah sekitar Semenyih mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan masyarakat setempat.

Menurut beliau, kehadiran beliau di pusat membeli-belah terbabit adalah atas permintaan kepimpinan tempatan di kawasan itu yang memintanya untuk turun padang bagi meninjau keadaan di sini.

Beliau berkata, sambutan luar biasa itu menunjukkan bahawa rakyat sememangnya ingin mendekati dirinya sebagai seorang pemimpin di negara ini.

"Saya (ada) beli (barang di sini), tapi saya tak sempat nak buat tinjauan kerana terlalu ramai orang sekeliling mengerumuni saya.

"Tapi komen-komen orang ramai mereka mengeluhlah (sebab) harga barang naik," katanya.

Najib dikerumuni masyarakat setempat.
Najib dikerumuni masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Najib berkata pihaknya berharap agar kehadiran masyarakat setempat yang begitu menggalakkan dapat diterjemahkan dalam bentuk sokongan selepas ini.

Mengulas sama ada beliau akan turun berkempen pada PRK DUN Semenyih nanti, Ahli Parlimen Pekan itu memaklumkan bahawa pihaknya akan turun padang sekiranya mendapat jemputan.

Artikel Berkaitan:

"Kalau diundang saya datang. Insya-ALLAH saya datang," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai gelaran 'pencuriku' yang digunakan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohammad Azmin Ali terhadap beliau, Najib secara berseloroh menjawab beliau merupakan pencuri hati rakyat.

"Saya pencuri hati rakyat," katanya.