957 tong gas dalam treler disita

Pegawai KPDNHEP Cawangan Taiping memeriksa treler yang membawa tong gas petroleum cecair yang diparkir di sebuah premis di Simpang, Taiping dalam satu operasi pada Selasa.
Pegawai KPDNHEP Cawangan Taiping memeriksa treler yang membawa tong gas petroleum cecair yang diparkir di sebuah premis di Simpang, Taiping dalam satu operasi pada Selasa.
A
A
A

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Taiping menyita 957 tong gas petroleum cecair kerana memindahkannya ke tempat yang tidak dilesenkan di sebuah premis di Simpang, Taiping pada Selasa.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, berdasarkan pemeriksaan tersebut, KPDNHEP mendapati terdapat sebuah treler membawa muatan silinder gas petroleum cecair diparkir di hadapan premis berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 10 pagi itu mendapati pemilik lori disyaki telah memindahkan tong gas petroleum cecair ke tempat yang tidak dilesenkan.

"Operasi Pemeriksaan Barang Kawalan Gas Petroleum Cecair itu dilakukan berdasarkan risikan dan pemantauan yang dilakukan selama tiga minggu.

"Nilai keseluruhan barang rampasan melibatkan 957 tong gas yang mengandungi 12,576 kilogram gas petroleum cecair itu dianggarkan berjumlah RM139,594.40," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Saifullizan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun dan kesalahan yang berikutnya denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDNHEP menasihati peniaga dan pengusaha agar mematuhi undang-undang berkaitan walaupun mempunyai lesen atau permit yang sah untuk menjual atau menyimpan barang kawalan.

Artikel Berkaitan: