Reman suami tembak isteri disambung enam hari

Laporan Sinar Harian berhubung kejadian berkenaan. Gambar kecil: Hussin Zamora
Laporan Sinar Harian berhubung kejadian berkenaan. Gambar kecil: Hussin Zamora
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tempoh reman lelaki yang menembak isterinya menggunakan senapang angin dalam kejadian di Taman Saujana Kota Tinggi pada 1 Mac lalu disambung reman enam hari bermula Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, perintah sambung reman itu dipohon bagi membantu siasatan polis.

"Kertas siasatan dirujuk ke pejabat Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Rabu bagi mendapatkan arahan lanjut (pertuduhan) ke atas suspek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Jenazah mangsa berusia 38 tahun itu telah dibawa pulang dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada malam Selasa dan tiba di kampung halamannya di Terengganu itu pada jam 4.15 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah wanita maut ditembak di Johor selamat dikebumikan

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Telaga di sini pada jam 5.30 pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara cemburu, suami tembak mati isteri

Jumaat lepas, Sinar Harian melaporkan misteri kehilangan seorang wanita yang tidak pulang ke rumahnya di Taman Saujana Kota Tinggi sejak Isnin lalu, terjawab dengan penemuan mayat mangsa di dalam tong air biru di kawasan ladang serai di Bandar Penawar.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Ujian DNA sahkan identiti wanita ditembak suami

Lebih menyayat hati, ibu kepada dua cahaya mata berusia tiga dan empat tahun itu dipercayai ditembak mati ketika sedang tidur oleh suaminya berusia 43 tahun menggunakan senapang angin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pembunuhan tersebut bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di rumah mereka.

Katanya, susulan daripada laporan kehilangan wanita berkenaan yang dibuat oleh jirannya, suami wanita terbabit yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dan rakannya berumur 32 tahun ditahan pada Selasa.