Kit pengurusan jenazah untuk rakyat Terengganu

Dari kiri: Ahmad Samsuri, A Rahman dan Ir Atemin sewaktu Majlis Penyerahan Kit Pengurusan Jenazah di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Dari kiri: Ahmad Samsuri, A Rahman dan Ir Atemin sewaktu Majlis Penyerahan Kit Pengurusan Jenazah di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu menjadi negeri pertama mengambil inisiatif mengagihkan kit pengurusan jenazah kepada rakyat negeri ini, dalam usaha meringankan beban keluarga dalam menyempurnakan jenazah.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, buat permulaan, 2,000 kit pengurusan jenazah disediakan dan 50 kit akan diagihkan bagi setiap kawasan DUN dan Parlimen di Terengganu.

Menurutnya, sejumlah RM600,000 diperuntukkan oleh Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam menjalankan program khidmat sosial berkenaan.

 Ahmad Samsuri (dua kiri) menyampaikan set lengkap pengurusan jenazah kepada ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed.
Ahmad Samsuri (dua kiri) menyampaikan set lengkap pengurusan jenazah kepada ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed.

“Kita mengambil langkah ini untuk meringankan beban dan mempermudah urusan jenazah. Kos pengurusan jenazah agak tinggi, jadi dengan adanya kit lengkap bagi mengurus mandian jenazah ini, ia lebih mudah.

“Setiap kit ini bernilai RM300. Kita agihkan kepada setiap ADUN dan Ahli Parlimen supaya apabila mereka membuat kunjungan, mereka boleh mainkan peranan untuk mempermudah urusan menyempurnakan jenazah di peringkat akhir pengurusan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kit Pengurusan Jenazah di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ir Atemin Sulung.

Artikel Berkaitan: