ProSPEC bina impian ahli farmasi miliki perniagaan

Muhammad Razif (tengah) bersama pekerja bergambar di hadapan outlet U.n.i Farmasi Putrajaya.
Muhammad Razif (tengah) bersama pekerja bergambar di hadapan outlet U.n.i Farmasi Putrajaya.
A
A
A

Komitmen Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) bukan sekadar merealisasikan impian ahli farmasi menjadi usahawan, namun diyakini mampu memperkasakan rangkaian farmasi Bumiputera di negara ini.

Jaringan outlet U.n.i Farmasi terdapat di hampir seluruh negeri di semenanjung dengan 2 di Selangor, 1 di Putrajaya, 1 di Pulau Pinang, 1 di Perak, 3 di Terengganu serta 2 di Kelantan.

Jaringan farmasi ini turut disasar untuk diperluaskan ke negerinegeri lain melalui fasa seterusnya bagi mengukuhkan jenama U.n.i Farmasi agar mampu bersaing di pasaran.

Di bawah jenama U.n.i Farmasi, para pemilik menzahirkan penghargaan terhadap insentif disediakan MARA sebagai satu bentuk peluang terbaik.

MUHAMMAD RAZIF
MUHAMMAD RAZIF

Pemilik U.n.i Farmasi Putrajaya, Muhammad Razif Mohamed Zin, 33, berkata, penyertaannya di bawah ProSPEC menjadikan operasi farmasinya lebih daripada apa yang dibayangkan.

Menurutnya, kemudahan yang disediakan MARA amat membantunya bukan hanya dari segi dana pinjaman tetapi juga melalui imej penjenamaan dan model perniagaan sebagai asas.

“Memang menjadi impian saya untuk membuka farmasi dan menjadi seorang usahawan. Bermaksud selain menjana pendapatan, saya juga mahu sediakan khidmat farmasi untuk penduduk setempat.

Artikel Berkaitan:

“Tanpa program ProSPEC ini, progress untuk memiliki farmasi sendiri mungkin mengambil masa yang lama. Jika dapat direalisasikan sekalipun, imejnya umpama hidup segan mati tak mahu.

“Berbeza di bawah MARA, kami diberikan kemudahan dana, imej dan penjenamaan yang sudah dikenali. Ia ebih daripada apa yang saya bayangkan,”katanya kepada Sinar Harian.

Nilai tambah

MOHD SAUFI
MOHD SAUFI

Sementara itu, pemilik U.n.i Farmasi Kuala Terengganu, Mohd Saufi Fahmi, 33, mengakui penglibatannya di bawah ProSPEC mampu memaksimumkan potensi perniagaannya melalui penjenamaan semula sebagai U.n.i Farmasi.

Ujarnya, kumpulan usahawan yang diwujudkan oleh MARA ternyata membantu mereka berdepan cabaran secara bersama dengan pemantauan khusus.

“Saya lihat MARA amat komited dan serius memajukan bidang professional ini. Melalui program ini saya Berjaya menambah ruang khas untuk ruang pameran alat-alat rehabilitasi.

“Program U.n.i Farmasi meningkatkan keupayaan syarikat melalui pembiayaan perniagan yang diberikan oleh MARA di samping panduan daripada konsultan yang dilantik serta berada di bawah rangkaian jenama Bumiputera yang cukup gah,” katanya.

FARAH HAIN
FARAH HAIN

Bagi pemilik U.n.i Farmasi Bukit Canggang, Farah Hain Misnon, 31, kemudahan farmasi miliknya yang telah beroperasi sejak lima bulan lalu telah membantu memudahkan penduduk lebih-lebih lagi ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru katanya, usaha MARA di bawah ProSPEC ini wajar diteruskan bagi mengembangkan rangkaian jenama farmasi Bumiputera dan memberi peluang kepada lebih ramai golongan profesional mewujudkan kemudahan sama di kawasan strategik.

“Program ini amat membantu ahli farmasi seperti saya yang mahu membuka farmasi pertama kerana ia bukan sekadar pembiayaan tetapi dilengkapi dengan bimbingan yang lengkap.

“Jadi kita tidak dibiarkan terkapaikapai. Tanpa bantuan MARA mungkin saya masih belum ada peluang untuk buka farmasi dan berisiko gagal dipertengahan jalan,” katanya.