Selangor rekod 5,365 usahawan miliki sijil halal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor merekodkan kira-kira 5,365 usahawan memiliki sijil halal yang aktif menerusi Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) setakat ini, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Beliau berkata, sehingga hari ini, sejumlah 1,086 usahawan bumiputera (20 peratus) dan 4,279 usahawan bukan bumiputera (80 peratus) mempunyai sijil halal aktif di negeri itu.

"Sebelum ini, kebanyakan usahawan (yang memohon sijil halal) adalah dalam kalangan bukan Islam kerana mereka melihat dari segi aspek ekonomi. Kalau tiada sijil halal, produk mereka sukar diterima oleh pengguna. Jadi itu antara permintaan pengguna, akhirnya mereka akur dan memohon sijil halal," katanya.

Mohd Zawawi berkata demikian kepada media selepas merasmikan Konvensyen Islam dan Melayu Karamah Insaniyah Teras Pembentukan Jati Diri Umat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah di sini pada Rabu.

Mengenai perkembangan lain, Mohd Zawawi berkata, kerajaan negeri menambah 650 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang akan dilantik secara berfasa pada tahun ini, bagi mengurangkan jurang nisbah antara guru dan murid, menjadikan jumlah keseluruhan 7,650 guru. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Wajibkan peniaga makanan miliki sijil halal

Bukan Islam 'buru' sijil halal Jakim

Permohonan sijil halal dalam kalangan bumiputera meningkat/a>