X

Kindly register in order to view this article
!

Agro Farah-i khusus untuk wanita

Mustapha
A
A

AGROBANK melancarkan produk simpanan baharu, Agro Farah-i yang dikhususkan kepada semua golongan wanita berumur 18 tahun ke atas bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac.

Pengerusi Agrobank, Datuk Mustapha Buang berkata, keunikan produk tersebut terletak pada unsur hibah yang dikongsi untuk setiap akaun yang telah ditandakan kepada akaun Agro Farah-i, sama ada akaun suami atau anak.

“Ciri unik ini adalah untuk mendorong lebih ramai golongan wanita mempunyai simpanan yang banyak selain mereka juga turut diberikan ganjaran bersama.

“Dengan deposit minimum RM50 sahaja, ia turut membolehkan golongan wanita memulakan simpanan dengan jumlah yang kecil. Mereka juga mendapat lebih banyak ganjaran dengan pertambahan simpanan dari masa ke masa pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Agro Farah-i yang dipancarkan secara maya di Facebook Live Agrobank pada Isnin.

Mustapha berkata, Agro Farah-i adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Agrobank untuk menyokong pemerkasaan wanita dan simbolik penghargaan terhadap golongan wanita di Malaysia.

“Kami percaya dengan mendorong golongan wanita untuk menggunakan kemahiran kewangan pintar melalui simpanan, ia dapat memberikan manfaat kepada mereka untuk membina kehidupan yang lebih baik dalam jangka panjang.

“Pengurusan simpanan merupakan salah satu ciri utama dalam pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Beliau berkata, Farah yang membawa maksud kebahagiaan dalam bahasa Arab dipilih sebagai nama produk ini untuk melambangkan wanita yang berkarisma dan berwawasan, pintar menguruskan kewangan dan membawa kebahagiaan kepada diri sendiri, keluarga serta masyarakat.

“Agro Farah-i telah diperkenalkan pada bulan Julai 2020 dan sehingga 15 Februari 2021, sebanyak 1,870 pembukaan akaun telah dicatat dengan jumlah nilai simpanan berjumlah lebih RM2.97 juta.

“Ini adalah bukti sambutan yang menggalakkan bagi produk simpanan ini walaupun ia belum dilancarkan secara rasmi,” katanya.

Beliau berkata, sejajar dengan mandat Agrobank untuk memperkasakan komuniti yang kurang mendapat liputan dan terpinggir, Agrobank terus komited untuk menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang memberi fokus kepada kumpulan yang terdiri daripada wanita, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), belia dan lain-lain.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Agro Farah-i, sila layari laman web Agrobank di www.agrobank.com.my atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan atau mengunjungi cawangan Agrobank.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!