Atlet, rakyat Kelantan lebih terbuka

Wan Roslan
Wan Roslan
A
A
A

KOTA BHARU – Atlet mahupun penduduk di Kelantan dilihat lebih terbuka untuk menerima syarat penetapan pakaian patuh syariah dalam bidang sukan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Wan Roslan Wan Hamat berkata, menerusi Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, penduduk menyambut baik syarat yang diperkenalkan.

Walaupun syarat pakaian menutup aurat dikenakan sejak sekian lama, namun beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang bantahan berhubung isu tersebut.

“Ia tidak hanya terhad kepada aktiviti hiburan seperti dikir barat sebaliknya diperluaskan kepada sukan Awang Selamat (bina badan), muay thai, boxing, sukan p dan bola sepak Liga Dun.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian patuh syariah hanya untuk atlet Terengganu]

[ARTIKEL BERKAITAN: Hadi tegur Syed Saddiq]

“Walaupun susah untuk dilaksanakan, tapi menutup aurat wajib dipatuhi walau apa jua bidang kita,” katanya.

Kerajaan Negeri Terengganu sebelum ini memutuskan untuk melaksanakan konsep pemakaian patuh syariah kepada atlet sukan di negeri itu bermula tahun hadapan.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pelaksanaan itu akan dilakukan secara berperingkat.