X

Kindly register in order to view this article
!

300 masyarakat Cina sertai Bersatu Kulai

Tosrin (dua dari kanan) menerima 300 borang keahlian baharu Bersatu daripada masyarakat Cina di rumahnya di Felda Taib Andak, Kulai pada malam Sabtu.
A
A

KULAI - Seramai 300 masyarakat Cina menyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kulai di Felda Taib Andak di sini pada malam Sabtu.

Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Bersatu Bahagian Kulai, Tosrin Jarvanthi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai sambil disaksikan Setiausaha Bersatu bahagian berkenaan, Mosliadi Jasmani.

Menurut Tosrin, pihaknya tidak menduga dengan tindakan masyarakat Cina tersebut yang mengambil keputusan menjadi ahli Bersatu Kulai.

"Saya terkejut dengan keputusan ini. Mereka memilih Bersatu dan bukan DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau parti lain.

"Mereka menyertai Bersatu kerana yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis ringkas itu.

Dalam majlis itu, seramai 50 ahli baharu mewakili 300 masyarakat Cina; antaranya sekitar Indahpura, Bandar Putra dan Seelong menyerahkan borang keahlian kepada Tosrin.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!