X

Kindly register in order to view this article
!

Gempa bumi kuat gegar Kepulauan Kermadec malam ini

A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter melanda rantau Kepulauan Kermadec pada 8.05 malam Sabtu (waktu Malaysia).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa bumi itu berpusat di 1,154 km selatan dari Laucala, Fiji pada kedalaman 96 kilometer.

MetMalaysia dalam penilaian awalnya mendapati gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!