Pemuda 21 tahun menang RM1 juta

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda berusia 21 tahun dari Kelantan memenangi cabutan istimewa BSN SSP yang membawa pulang simpanan tunai bernilai RM1 juta, demikian umum Bank Simpanan Nasional (BSN) pada Sabtu.

BSN dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, pemuda berkenaan yang memenangi Cabutan Istimewa BSN SSP pertama bagi 2021 merupakan pemenang termuda sejak ganjaran RM1 juta diperkenalkan pada 2014.

Buat kali pertama pada tahun ini, BSN turut mengumumkan seramai 13 orang pemenang bagi Cabutan Tempatan yang membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi 1.5 Auto.

Cabutan ini diadakan pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November 2021 serta terbuka kepada penyimpan yang mempunyai BSN SSP dengan simpanan minimum RM100.

"Saya berharap agar rakyat Malaysia terus menyimpan bersama BSN SSP yang merupakan produk simpanan unik patuh Syariah.

“Ini kerana, selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, anda juga dapat menikmati kadar keuntungan sehingga 1.9 peratus setahun yang mana ia adalah sama dengan kadar tetap di bank lain," kata Ketua Eksekutif BSN Jay Khairil dalam kenyataan itu.

Senarai para pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: