X

Kindly register in order to view this article
!

Sudan, AS saksikan transaksi bank pertama dalam tempoh 24 tahun

- Foto 123RF
A
A

ISTANBUL - Sudan baru-baru ini memindahkan dana ke sebuah bank di Amerika Syarikat (AS), transaksi pertama antara kedua-dua negara dalam tempoh 24 tahun, menurut Agensi Anadolu.

Duta Sudan ke AS, Nureldin Sati pada Rabu memberitahu rangkaian penyiaran Voice of America bahawa beliau menerima pemindahan wang dari cawangan Bank Nasional Qatar di ibu negara Khartoum ke akaun peribadinya di bank Wells Fargo di AS dan menjangkakan beberapa lagi transaksi akan dibuat dalam waktu terdekat.

Disember lalu, AS mengumumkan secara rasmi mengeluarkan Sudan daripada senarai negara menaja keganasan sejak disenaraikan pada 1993.

Sati berkata, transaksi itu akan merintis jalan untuk lebih banyak urusan pemindahan wang bukan sahaja antara kedua-dua pihak tetapi juga negara lain di dunia.

Beberapa minggu lalu, Jabatan Perbendaharaan AS mengeluarkan kenyataan yang mendorong bank dan syarikat kewangan menjalankan operasi secara langsung dengan Sudan.

Sati menambah transaksi sama akan dilakukan dari bank Washington ke Khartoum, dan jika berjaya, rakyat Sudan di AS dapat memindahkan wang ke negara asal mereka.

Sudan bergelut krisis ekonomi terburuk apabila pound Sudan mengalami kejatuhan nilai berbanding dolar AS yang mencatat paras terendah, mencecah 400 pound di pasaran gelap. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Trump sedia keluarkan Sudan daripada senarai penaja keganasan

Sudan tandatangani perjanjian menormalkan hubungan dengan Israel

AS beri tekanan kepada Sudan untuk jalin hubungan dengan Israel


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!