Dua geng pecah tabung rumah ibadat dicekup

Barang yang dirampas termasuk peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah itu.
Barang yang dirampas termasuk peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah itu.
A
A
A

MELAKA - Polis berjaya menumpaskan Geng Raj yang dipercayai terbabit dengan kegiatan pecah tabung rumah ibadat di sekitar negeri ini dengan penahanan dua lelaki pada Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di dua lokasi berasingan di Taman Lipat Kajang Perdana, Bukit Serindit dan Tehel, Jasin lebih kurang jam 12.30 pagi.

Menurutnya, kumpulan ini dipercayai aktif sejak Disember tahun lalu dengan menyasarkan tabung surau, masjid serta tokong pada waktu malam hingga awal pagi.

"Modus operandi kumpulan ini, mereka akan memecahkan tabung rumah ibadat dengan cara mengumpil atau membakar mangga tabung sehingga berjaya dibuka sebelum melarikan wang tunai.

"Kita turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Viva dan sebuah motosikal Demak serta pelbagai jenis peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Jelas Mohd Sukri, dengan penangkapan kedua-dua suspek, pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh kes pecah tabung di rumah-rumah ibadat yang berlaku dalam tempoh dua bulan.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan manakala pihaknya masih mengesan seorang lagi individu bernama Noor Rahman Abd Rahim,34, bagi membantu siasatan.

"Sebarang maklumat boleh berhubung pegawai penyiasat kes Sarjan Mohd Hanafi Md Zam di talian 019-3646812 dan kita memandang serius sebarang kegiatan jenayah dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pesalah-pesalah itu," katanya.

Artikel Berkaitan: