Suami buntu cari isteri hilang

Nik Rohsmawati Nik Rosidin
Nik Rohsmawati Nik Rosidin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki buntu apabila isterinya tidak pulang ke rumah dipercayai hilang selepas keluar menghadiri kenduri kahwin di Johor Bahru pada 10 Februari lalu.

Menurut Mohamad Hisham Awang, 25, pada hari kejadian, isterinya, Nik Rohsmawati Nik Rosidin, 31, telah meninggalkan kediaman mereka di Taman Bukit Mewah, Kajang untuk menghadiri kenduri kahwin rakannya.

Mohamad Hisham berkata, bagaimanapun, sehingga kini, isterinya itu masih tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi menerusi panggilan telefon.

"Saya mula merasa risau apabila dia tidak membalas sebarang kiriman WhatsApp atau panggilan telefon sejak keluar ke kenduri itu.

"Malah, saya juga tidak tahu bagaimana keadaannya masa ini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohamad Hisham yang bekerja di sebuah kelab golf berkata, dia turut melakukan pelbagai usaha bagi menjejaki isterinya itu termasuk menghubungi kenalan di sekitar Johor Bahru.

Dia berkata, satu laporan turut dibuat di Balai Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membantu usaha menjejaki isterinya itu.

"Kami sudah berkahwin dua tahun lalu namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum kejadian ini, isteri saya juga tidak pernah menunjukkan perubahan yang pelik," katanya.

Dalam pada itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai Nik Rohsmawati boleh berhubung dengan suaminya di talian 0111-2803722 atau 013-4584968 (Yatie).