Puteri Thailand mohon maaf kepada rakyat

Puteri Ubolratana memohon maaf kerana mencetuskan masalah. - Foto AFP
Puteri Ubolratana memohon maaf kerana mencetuskan masalah. - Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - THAILAND . Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana memohon maaf kerana 'mencetuskan masalah' kepada rakyat Thailand menjelang Pilihan Raya Umum negara itu yang dijadual berlangsung pada 24 Mac depan.

"Saya mohon maaf niat ikhlas saya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat telah mencetuskan masalah," tulis Puteri Ubolratana di laman Instagram, semalam.

Terdahulu, Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn mengecam keputusan kakaknya untuk menyertai pilihan raya, ia dianggap tindakan tidak wajar di mana golongan monarki tidak terlibat dalam politik.

Ekoran teguran Raja Thailand itu, Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak menggugurkan nama Puteri Ubolratana daripada senarai rasmi calon yang bertanding jawatan perdana menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya turut mempertimbangkan pembubaran parti Thai Raksa Chart kerana menamakan Puteri Thailand berkenaan sebagai calon mereka dalam pilihan raya bulan depan.

Undang-undang pilihan raya melarang penglibatan monarki dalam kempen politik.

Pilihan Raya Umum 24 Mac depan dijangka menyaksikan pertembungan antara Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha dan penyokong bekas perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan ketika rampasan kuasa pada 2006.- Reuters

Artikel Berkaitan: