X

Kindly register in order to view this article
!

UMK terima zakat lebih RM900,000

Noor Azizi (tiga dari kiri) menerima replika cek daripada Ashrof sempena Majlis Penyerahan Bantuan Zakat Kepada Pelajar, Staf dan Masyarakat di UMK Bachok pada Isnin.
A
A

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima sumbangan zakat sebanyak RM947,251.24 daripada Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah program Program Iqra’ TH Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Program Bantuan Khas Masyarakat.

Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Noor Azizi Ismail berkata, sumbangan tersebut diharapkan mampu meringankan beban penuntut yang kurang bernasib baik dan turut memberikan semangat bagi meneruskan pengajian dengan lebih cemerlang.

Daripada jumlah tersebut, katanya, sebanyak RM750,000 diagihkan kepada 500 penuntut asnaf menerusi Program Iqra' IPT membabitkan di ketiga-tiga kampus UMK untuk pembelian komputer riba dan membiayai yuran pengajian.

“Seramai 500 daripada 3,000 permohonan menerima wang zakat ini selepas iklan bantuan komputer riba dan yuran pengajian disebarkan kepada penuntut,” katanya sempena Majlis Penyerahan Bantuan Zakat Kepada Pelajar, Staf dan Masyarakat di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan tersebut daripada Pengarah TH Kelantan, Ashrof Shamsuddin yang mewakili Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.

Sementara itu, Noor Azizi juga memaklumkan bahawa seramai 8,003 penuntut UMK dikategorikan sebagai B40.

Daripada jumlah itu, katanya, hampir 2,000 penuntut termasuk dalam kategori fakir miskin iaitu pelajar yang berpendapatan isi rumah di bawah RM1,000.

“Daripada jumlah zakat yang diterima UMK juga, sebanyak RM197,251.24 akan diagihkan kepada 16 masjid dan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terpilih menerusi program Bantuan Khas Masyarakat Terjejas Akibat Pendemik Covid-19 dan Terkesan Banjir UMK,” katanya.

Beliau berkata, UMK turut menerima sumbangan berjumlah RM343,000 daripada pelbagai pihak seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Zakat Waad Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan serta badan korporat lain yang turut sama menyumbang bagi membantu sebahagian penuntut asnaf.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!