Selangor kembali catat kes harian tertinggi

Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Selangor kembali mencatatkan kes harian baharu tertinggi pada Selasa dengan 672 kes daripada 1,555 kes yang dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah 672 itu, lebih 83 peratus atau 573 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ini diikuti oleh Johor sebanyak 163 kes (10.5 peratus) dan Sarawak dengan 159 kes baharu (10.2 peratus) manakala, 47 kes (3.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di dalam penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes) dan Kluster Tembok Taiping (sembilan kes)," katanya pada sidang media Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini pada Selasa.

Menurutnya, dengan pertambahan itu, jumlah kumulatif kes positif wabak itu di Malaysia meningkat kepada 304,135 kes.

"Setakat jam 12 tengah hari (2 Mac), sebanyak 2,528 kes sembuh direkodkan dilaporkan, menjadikan jumlah kes sudah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 278,431 kes," katanya.

Tambahnya, terdapat enam kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,141 kes.

Artikel Berkaitan: