Periksa rumah: Tindakan polis ikut undang-undang

Pada Sabtu, satu video klip tular di media sosial mendakwa pihak polis tidak mengemukakan waran tangkap dan waran geledah semasa pemeriksaan dijalankan di kediaman milik seorang individu.
Pada Sabtu, satu video klip tular di media sosial mendakwa pihak polis tidak mengemukakan waran tangkap dan waran geledah semasa pemeriksaan dijalankan di kediaman milik seorang individu.
A
A
A

SHAH ALAM - Dakwaan polis gagal mengemukakan waran geledah atau waran tangkap semasa membuat pemeriksaan di sebuah rumah milik seorang individu di sini tidak benar seperti yang ditularkan di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya mengesan satu video klip berdurasi empat minit 30 saat yang memaparkan seorang individu mempertikaikan tindakan polis itu.

Menurutnya, menerusi video klip tersebut, individu berkenaan meminta supaya dikemukakan waran tangkap dan waran geledah semasa pemeriksaan di kediamannya.

"Serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan adalah berdasarkan siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Tindakan yang diambil oleh pihak polis dalam isu ini adalah mengikut peruntukkan undang-undang sebagaimana yang termaktub di bawah Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya jangan terpengaruh dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Pada Sabtu, satu video klip tular di media sosial mendakwa pihak polis tidak mengemukakan waran tangkap dan waran geledah semasa pemeriksaan dijalankan di kediaman milik seorang individu.

Artikel Berkaitan: