X

Kindly register in order to view this article
!

Ejen Erling Haaland keruhkan keadaan

Haaland kini dikaitkan dengan beberapa pasukan gergasi dari England seperti Manchesteri City dan Real Madrid dari Sepanyol.
A
A

PENGARAH Sukan Borussia Dortmund, Michael Zorc tidak bersetuju dengan kenyataan ejen Erling Haaland, Mino Raiola bahawa hanya 10 kelab di dunia mampu menandatangani bintang muda itu.

Bagi Zorc, dia sedar bahawa pemain itu tidak akan kekal di Dortmund selamanya tetapi Raiola bersikap terlalu optimis dengan kenyataannya.

Katanya, Haaland sebelum ini telah menyatakan bahawa dia tidak mahu membuat spekulasi atau menyatakan ke mana arah tujunya sewaktu masih lagi bersama Dortmund.

“Persoalan sekarang ialah mengapa dia membuat kenyataan sedemikian. Bagi saya itu hanya spekulasi atau kenyataan yang sengaja ditimbulkan oleh Raiola untuk menghangatkan suasana sama seperti apa yang dia biasa lakukan.

“Kami gembira Haaland di sini bersama kami dan menjaringkan gol dalam banyak perlawanan terakhir dan membuktikan komitmennya bersama Dortmund.

“Apa yang saya boleh katakan bahawa kami mempunyai perancangan bersamanya. Soal dia selesa di sini atau tidak itu terpulang kepada dirinya sendiri.

“Kami tidak mahu memberikan tekanan buatnya kerana sedar dia merupakan pemain muda yang meningkat naik dan akan mejadi bintang suatu masa nanti. Apa penting ialah kita membantu mengembangkan bakatnya lagi,” katanya.

Media Jerman melaporkan bahawa Dortmund lebih terbuka untuk membenarkan Jadon Sancho pergi berbanding Haaland tetapi tawaran besar daripada mana-mana kelab akan diperhalusi terlebih dahulu.

Beberapa pasukan gergasi seperti Manchester City, Chelsea, Real Madrid, Barcelona dan Manchester United merupakan pasukan yang pernah dikaitkan bagi mendapatkan khdimat pemain kelangsaan Noway itu.

Kontrak pemain berusia 21 tahun itu bersama Dortmund bakal berakhir pada 2024 dengan klausa pelepasan bernilai 66 juta euro pada 2022.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!