Ismail Sabri terima suntikan vaksin Covid-19

Ismail Sabri ketika menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Twitter Ismail Sabri Yaacob
Ismail Sabri ketika menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Twitter Ismail Sabri Yaacob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob pada Jumaat menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini.

Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada kira-kira 9.30 pagi ini oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Ismail Sabri yang tiba sekitar 9.09 pagi melalui lima stesen untuk menjalani proses vaksinasi berkenaan, termasuk melalui saringan gejala, suhu dan stesen pemerhatian selepas diberikan suntikan vaksin Covid-19.

Turut menerima suntikan pada hari ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain; Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad turut menerima suntikan vaksin terbabit pada Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan: