Duterte mahu tukar nama Filipina kepada Maharlika

Rodrigo Duterte
Rodrigo Duterte
A
A
A

MANILA - FILIPINA . Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berhasrat untuk menukar nama negara itu kepada 'Maharlika' untuk lari dari kaitan penjajah selepas ia mendapat namanya daripada Raja Sepanyol, Raja Philip II.

Pengumuman dibuat Duterte itu mengulangi gesaan bekas pemimpin diktator, Ferdinand Marcos yang mahu memanggil negara itu Maharlika bermaksud golongan bangsawan dalam bahasa tempatan.

"Satu hari nanti, ayuh kita ubah nama itu. Marcos sememangnya betul. Beliau mahu tukar kepada Maharlika kerana ia adalah bahasa Melayu," ujarnya selepas mengagihkan hak milik tanah di wilayah Maguindanao yang didiami majoriti penduduk Islam.

Presiden Senat, Tito Sotto berkata, idea Duterte akan menyebabkan Perlembagaan digubal semula selain memerlukan terlalu banyak perubahan.

Sebelum ini, Duterte turut menggesa perubahan dalam piagam negara dan beralih kepada bentuk kerajaan persekutuan. - Bloomberg

Artikel Berkaitan: