X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

Berita kanak-kanak tidak dibenar masuk pusat beli belah palsu

Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Berita yang tular mengenai kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan memasuki pusat beli-belah atau kedai makan di pusat beli-belah seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kenyataan hari ini berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan atau Hotline DCC Covid-10 IPD Kuantan, Pahang menafikan ada mengeluarkan kenyataan atau poster berkaitan Penguatkuasaan Undang-Undang SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti itu.

“Polis IPD Kuantan menjelaskan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah sebaliknya hanya tidak digalakkan namun masih dibenarkan mengunjungi pusat beli-belah atau kedai makan dengan mematuhi SOP PKPB yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkuat kuasa pada 19 Februaru lalu,” menurut kenyataan itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!