X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 09 Disember 2021

Pengurusan kes rayuan pembebasan Siti Kasim 22 Mac

Siti Kasim
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Isnin menetapkan 22 Mac untuk pengurusan kes bagi rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan peguam dan aktivis, Siti Kasim daripada pertuduhan menghalang tugas seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu acara di sebuah hotel kira-kira lima tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes dalam kamar Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Azura Mohd Saad.

“Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa rekod rayuan masih belum lengkap dan memohon tarikh pengurusan kes selanjutnya,” katanya yang turut memaklumkan bahawa peguam bagi pihak responden iaitu Siti Kasim tidak hadir prosiding pada Isnin. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!