X

Kindly register in order to view this article
!

29,936 pelajar duduki SPM di Kedah

Najmi (dua dari kanan) bercakap sesuatu dengan Rozaini (kiri) selepas melawat calon SPM di SMK Agama Kedah, Alor Setar pada Isnin.
A
A

ALOR SETAR - Seramai 29,936 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 263 pusat peperiksaan di seluruh Kedah bermula Isnin.

Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, peperiksaan berjalan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berusaha untuk memastikan semua calon berada dalam keadaan baik dan selesa.

"Tinjauan saya pada Isnin mendapati semua pelajar dalam keadaan baik dan tiada masalah untuk menjawab peperiksaan.

"Setakat ini, tiada maklumat rasmi sama ada terdapat pelajar yang tidak dapat menghadiri peperiksaan SPM akibat dijangkiti Covid-19 atau tidak, tetapi kita sentiasa bersedia (jika perkara itu berlaku)," katanya selepas melawat calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah JPN Kedah, Rozaini Ahmad.

Sementara itu, Najmi berkata, persediaan SPM sebelum ini telah diberikan sebaik mungkin oleh guru-guru walaupun pelajar dilihat agak sedikit tertekan, namun mereka faham dengan SOP yang ditetapkan.

Menurutnya, kerajaan negeri berharap JPN Kedah akan berusaha membantu pelajar di negeri ini membaiki dan melonjakkan kedudukan lebih baik dalam pelajaran.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!