Bon Samurai pertama Malaysia diterbitkan bulan depan

Lim Guan Eng - Foto Bernama
Lim Guan Eng - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bon Samurai pertama Malaysia bernilai 200 billion yen bagi tempoh 10 tahun yang dijamin oleh kerajaan Jepun, akan diterbitkan bulan depan, demikian diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini. (100 yen = RM3.69).

"Kadar kuponnya kemungkinan besar tidak melebihi 0.65 peratus," katanya sebelum melancarkan Tun Razak Exchange (TRX) Lifestyle Precinct di sini, hari ini.

Bon dalam dominasi yen itu hasil inisiatif Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat permohonan kepada rakan sejawatnya dari Jepun Shinzo Abe pada Jun tahun lepas.

Sementara itu, Lim berkata kembailnya keyakinan pelabur kepada Malaysia selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan, penerbitan bon Samurai, angka domestik yang memberangsangkan, serta faktor luaran yang memihak, akan membolehkan negara mendepani pelbagai cabaran yang mendatang.

Katanya pelbagai pembaharuan dan langkah fiskal sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini termasuk pelaksanaan tender terbuka dan pewujudan Jawatankuasa Pembaharuan Cukai, bagi memastikan pengurusan kewangan serta pinjaman dibuat kerajaan diuruskan dengan betul.

"Saya jangkakan majoriti pembaharuan ini dalam selesai dalam tiga tahun dan akan menyediakan asas kukuh kepada Malaysia untuk bangkit dan kembali mengambil tempat dan haknya sebagai sebuah Ekonomi Harimau Asia," kata Lim.

Beliau menggalakkan pelabur memanfaatkan peluang untuk menjadi sebahagian pertumbuhan negara sebelum selesainya pembaharuan itu kerana jika tidak, mereka akan mendapati sukar untuk membeli aset terbaik yang ditawarkan Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: