Inkues Adib: Koroner tinjau FRT, ERMS

Koroner Rofiah Mohammad mendengar penjelasan tempat kejadian daripada Pegawai Pengendali Inkues, Zhafran Rahim Hamzah di tempat berdekatan Kuil Sri Maha Mariamman USJ hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

SUBANG JAYA - Selepas melawat persimpangan Jalan USJ 16, Koroner, Rofiah Mohamad dan pihak-pihak berkepentingan meninjau Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di Balai Bomba SS 17, dekat sini.

Mereka meluangkan masa hampir sejam bermula jam 12.10 tengah hari.

Koroner Rofiah Mohammad bersama peguam-peguam dan saksi-saksi hadir ke tempat kejadian untuk menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di tempat berdekatan Kuil Sri Maha Mariamman USJ hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Penerangan diberikan oleh saksi kedua, Md Elliza Mohd Noor yang merupakan pemandu jentera itu pada malam kejadian.

Terdahulu, prosiding hari kedua inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim menyaksikan Mahkamah Koroner dibawa melawat lokasi kejadian berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman.

Md Elliza memberi keterangan berhubung FRT mengundur dalam menyelamatkan diri ketika diserang sekumpulan lelaki India.

Koroner Rofiah Mohammad melihat kereta jentera bomba yang terlibat untuk menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Balai Bomba Subang Jaya hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Sejak lapan pagi, petugas media berada di lokasi untuk membuat liputan.

Prosiding bersambung di Mahkamah Koroner Shah Alam sebentar lagi.

AKAN MENYUSUL

Koroner Rofiah Mohammad melihat dalam kereta jentera bomba yang terlibat untuk menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Balai Bomba Subang Jaya hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM