ADUN Ampangan beli 6,000 nanas moris tidak terjual

Nanas moris yang dibeli daripada pekebun di Pontian akan diagihkan kepada penduduk Ampangan bermula Selasa ini.
Nanas moris yang dibeli daripada pekebun di Pontian akan diagihkan kepada penduduk Ampangan bermula Selasa ini.
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Dr Mohammad Rafie Abd Malek membeli 6,000 nanas moris yang tidak terjual bagi membantu petani di Ayer Baloi, Pontian.

Mohammad Rafie berkata, nanas itu akan diagihkan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan bermula Selasa ini.

Menurutnya, usaha ini memberi kesan serampang dua mata iaitu membantu pekebun dan memberi manfaat kepada penduduk Ampangan.

"Apabila dimaklumkan pekebun di Ayer Baloi mengadu tidak dapat menjual 30,000 nanas moris mereka disebabkan musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kita berusaha membantu dengan membeli sebanyak 6,000 dari ladang mereka.

"Alhamdulillah, nanas ini telah sampai di Ampangan dan jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sedang menguruskan logistik sebelum hari penyerahan nanti," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan berkata, usaha tersebut merupakan inisiatif pihaknya sendiri untuk membantu pekebun yang tidak dapat menjual hasil tanaman mereka.

Artikel Berkaitan: