Rusia kesan jangkitan H5N8 pada manusia

 Rusia mengesahkan saintis mereka mengenal pasti kes pertama jangkitan selesema burung H5N8 ke atas manusia.
Rusia mengesahkan saintis mereka mengenal pasti kes pertama jangkitan selesema burung H5N8 ke atas manusia.
A
A
A

MOSCOW - Rusia pada Sabtu mengesahkan saintis mereka mengenal pasti kes pertama jangkitan selesema burung H5N8 ke atas manusia.

"Maklumat tentang kes itu sudah dihantar kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," kata Anna Popova yang mengetuai kumpulan pemerhati kesihatan, Rospotrebnadzor.

Menurutnya, pihak berkuasa telah mengemukakan laporan berhubung tujuh kes membabitkan pekerja di sebuah ladang ternakan di selatan Moscow.

"Ia bukan disebarkan antara manusia. Penemuan itu membolehkan kita bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan mutasi dan bertindak-balas dengan cepat untuk menghasilkan sistem ujian dan vaksin," ujarnya.

Difahamkan, pekerja yang dijangkiti di ladang ternakan yang diserang wabak selesema burung pada Disember lalu mempunyai gejala ringan dan telah sembuh.

Menurut laman WHO, walaupun jangkitan manusia dengan virus A (H5) jarang berlaku dan biasanya terjadi kepada individu yang terdedah kepada burung yang dijangkiti, ia boleh menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian kepada manusia.

Sejak tahun 2014, enam daripada 14 kes selesema burung H5N6 membabitkan manusia telah membawa maut. - AFP

Artikel Berkaitan: