Majikan tidak mampu bayar gaji faktor ramai hilang pekerjaan

Info grafik MYFutureJobs yang dikongsi Perkeso di laman Twitter.
Info grafik MYFutureJobs yang dikongsi Perkeso di laman Twitter.
A
A
A

SHAH ALAM - Majikan tidak mampu membayar gaji pekerja menjadi faktor tertinggi individu kehilangan pekerjaan tahun ini.

Berdasarkan info grafik MYFutureJobs yang dikongsi Perkeso di laman Twitter, seramai 1,933 individu kehilangan pekerjaan akibat pengecilan tenaga kerja setakat 11 Februari lalu.

Bagi tempoh sama, seramai 1,930 individu kehilangan pekerjaan susulan penutupan perniagaan manakala 1,749 individu ditawarkan VSS atau MSS.

Faktor lain adalah masalah kewangan syarikat yang mengakibatkan 1,089 individu hilang pekerjaan dan 987 individu mengalami nasib sama kerana penamatan kontrak.

Menurut ciapan yang dikeluarkan Perkeso, faktor tersebut berpunca apabila majikan menghadapi masalah kewangan.

Dalam ciapan sama, pekerja yang kehilangan pekerjaan layak mengemukakan permohonan faedah kewangan Sistem Insuran Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SIP Perkeso).

Pekerja layak memohon jika diberhentikan akibat penutupan perniagaan, pengecilan tenaga kerja, masalah kewangan syarikat, membuat penstrukturan semula atau memberhenti pekerja.

“Walau bagaimanapun, pekerja yang kehilangan pekerjaan disebabkan penamatan kontrak, mereka tidak layak memohon faedah ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Perkeso masih akan membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan menerusi bantuan pekerjaan SIP Perkeso.