Kebebasan akhbar mesti dipertahankan
KEHIDUPAN demokrasi di Malaysia bermakna kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara mestilah dipertahankan.
Persuratkhabaran bukan sekadar menyebarkan berita dan maklumat sahaja tetapi yang jauh lebih penting, ia menyediakan ruang untuk sumbang saran, kritikan dan semak imbang dalam setiap hal bermasyarakat dan bernegara.
Ia instrumen penting membantu menyuarakan nurani masyarakat, terutama mereka yang tertindas dan tertinggal atau mereka yang sekadar ingin memberikan pandangan alternatif atau idea baharu.
Justeru, kebebasan akhbar dan bersuara ‘serves a high public purpose’.
Malaysia mesti menuju ke arah masyarakat madani yang bebas bersuara secara matang, progresif dan jujur.
Hanya dengan akhbar yang bebas dan bertanggungjawab, ketelusan dalam ekonomi dan pasaran akan berlaku, kerajaan akan menjadi lebih ‘accountable’, segala salah guna kuasa dan kejelikan moral akan terbongkar dan inspirasi tercetus melalui cerita kemanusiaan yang mengagumkan.
* Datuk Seri Mohamad Hasan ialah Timbalan Presiden UMNO