62 'sangkut' di sekatan jalan raya miliki dadah

Polis menjalankan pemeriksaan dalam setiap sekatan jalan raya di sekitar ibu negara sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan sejak 13 Januari lalu. Foto: Facebook Polis Sentul
Polis menjalankan pemeriksaan dalam setiap sekatan jalan raya di sekitar ibu negara sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan sejak 13 Januari lalu. Foto: Facebook Polis Sentul
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mematahkan cubaan 62 individu yang cuba lolos sekatan jalan raya dengan membawa dadah sejak Perintah Perintah Kawalan (PKP) dikuatkuasa pada 13 Januari hingga Khamis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, daripada jumlah pecahan itu, 57 adalah mereka yang berusia 19 hingga 50 tahun, tiga tangkapan berusia di bawah 18 tahun manakala dua lagi berusia 51 tahun ke atas

"Polis telah mengesan beberapa taktik antaranya tiga kes dikesan menggunakan kenderaan e-hailing untuk membawa dadah.

"Selebihnya adalah cubaan menyeludup dengan menggunakan kereta iaitu 19 kes, motosikal (30) dan van (3)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Beliau berkata, hasil penahanan itu, pelbagai jenis dadah dirampas seperti syabu, ekstasi, eramin 5, ganja dan heroin telah dirampas dengan nilai RM12,993.25.

Katanya, selain itu, saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati seramai 53 daripadanya didapati positif dadah.

"Polis memberi amaran kepada mana-mana pengedar atau individu terlibat dalam kegiatan ini bahawa kita sentiasa 'alert' dengan kegiatan jenayah itu.

"Orang ramai juga diminta menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah dan dadah kepada pihak polis dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: