Strain Covid-19 yang sukar dikesan dilaporkan di Finland

Strain baharu Covid-19, Fin-796H, yang sukar dikesan oleh sekurang-kurangnya satu jenis ujian PCR, telah dilaporkan di Finland - Gambar hiasan 123RF
Strain baharu Covid-19, Fin-796H, yang sukar dikesan oleh sekurang-kurangnya satu jenis ujian PCR, telah dilaporkan di Finland - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

HELSINKI - Strain baharu Covid-19, Fin-796H, yang sukar dikesan oleh sekurang-kurangnya satu jenis ujian PCR, telah dilaporkan di Finland, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik syarikat Vita Laboratories.

Beberapa jenis virus Covid-19 telah dikesan di seluruh dunia setakat ini, di Britain, Afrika Selatan, Brazil dan Jepun.

"Vita Laboratoriot Oy dan Institut Bioteknologi di Universiti Helsinki mengesan jenis Covid-19 yang belum pernah ditemui dalam satu sampel dari selatan Finland.

"Mutasi strain ini sukar dikesan dengan sekurang-kurangnya satu ujian PCR yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

"Penemuan ini mungkin memberi kesan yang besar dalam menentukan penyebaran penyakit itu. Virus SARS-CoV-2 (strain), dikenali Fin-796H itu mempunyai ciri-ciri strain Britain dan Afrika Selatan,” kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan pada Rabu.

Finland mengesahkan lebih 51,000 kes Covid-19 setakat ini, dengan lebih 700 kematian. - Bernama

Artikel Berkaitan: