Dunia Islam jangan biar China terus ratah etnik Uighur

Abdul Salam (tengah) ketika mengadakan pertemuan dengan Ahmad Fahmi (kanan) baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh IZARI ROSLI
Abdul Salam (tengah) ketika mengadakan pertemuan dengan Ahmad Fahmi (kanan) baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh IZARI ROSLI
A
A
A

KUALA LUMPUR - “Bayangkan perisik kerajaan China dikerahkan untuk tidur dan tinggal bersama dengan keluarga etnik minoriti Islam Uighur yang menghuni Wilayah Xinjiang terletak barat laut China.

“Tekanan dan penindasan rejim komunis China terhadap etnik Islam Uighur benar-benar meruncing dan menyeksakan. Anggota perisik China ini dihantar untuk menghuni setiap rumah etnik Uighur di Xinjiang malah tidur bersama seluruh ahli keluarga,” demikian gambaran dasar tekanan asimilasi sistematik yang dilaksanakan oleh China terhadap etnik Uighur.

Kisah perit ini dikongsikan oleh imam etnik Uighur yang kini bermastautin di Australia, Abdul Salam Alim yang menceritakan penderitaan dan tekanan yang dihadapi kaum keluarga dan populasi jutaan lain bangsanya di Xinjiang.

Hal demikian, Islam seluruh dunia harus buka mata dan bangkit melawan kekejaman China yang bertindak sewenang-wenangnya menindas dan memberi layanan buruk terhadap etnik minoriti Islam Uighur yang menghuni Wilayah Xinjiang.